E-Business (Perniagaan Elektronik)
Tuesday, 19 November 2013
Sejarah e-perniagaan
Adakah
Anda Tahu?
Pada tahun 1990 Tim Berners-Lee mewujudkan Jaringan Sejagat
pertama pelayan dan pelayar (www). Pada tahun 1992 Charles Stack adalah orang
yang pertama mewujudkan kedai buku dalam talian, Book Stacks Unlimited
(aka Books.com), iaitu dua tahun sebelum Jeff Bezos merekacipta Amazon.

Jeff Bezos
Pengasas Amazon.com
Definisi e-Perniagaan
Definisi e-Perniagaan
Perniagaan internet merupakan perniagaan yang dilakukan secara
online yang mana ia menggunakan internet sebagai medium perantaraan antara
penjual dan juga pembeli. Konsep perniagaan Internet tidak jauh berbezanya
dengan perniagaan konvensional. Peniaga masih memerlukan produk untuk dijual
dan memerlukan pelanggan untuk membeli. Perbezaannya hanyalah proses transaksi
urusniaga tersebut di mana urus niaga tersebut dijalankan secara dalam talian.
Model e-perniagaan
Model
e-perniagaan
Apabila
organisasi berada di dalam talian, mereka perlu membuat keputusan bagi
memilih model e-niaga yang terbaik. Model perniagaan ditakrifkan sebagai
organisasi produk, perkhidmatan, aliran maklumat dan sumber hasil dan faedah
untuk pembekal dan pelanggan. Konsep e-niaga adalah sama namun ianya digunakan
didalam talian.
1. E-shops
2. E-perolehan
3. E-malls
4. E-lelong
5. Komuniti
maya
6. Platform
kerjasama
7. Pasaran
pihak ketiga
8. Rantaian
nilai intergrasi
9. Rantaian
nilai perkhidmatan pembekal
10. Maklumat
broker
11. Telekomunikas

e-lelong di www.ebay.com.my

e-perolehan di www.eperolehan.gov.my
Ciri-ciri e-perniagaan
Ciri-ciri e-perniagaan
Secara
amnya, e-perniagaan adalah lebih kompleks daripada e-dagang. E-perniagaan
melibatkan proses-proses perniagaan yang merentangi keseluruhan rangkaian
nilai, pembelian elektronik dan pengurusan rangkaian bekalan, pesanan
pemprosesan elektronik, perkhidmatan kawalan pelanggan, dan kerjasama dengan
rakan perniagaan. Piawaian teknikal khas untuk e-perniagaan pula memudahkan
pertukaran data antara syarikat. Penyelesaian perisian e-perniagaan membenarkan
integrasi intra. E-perniagaan boleh dikawal dengan menggunakan web, internet,
intranet, extranet, dan kombinasi antara mereka.
Produk – Produk Yang Sesuai
- Produk Digital
- Produk digital Iini lebih menjurus kepada produk-produk informasi tentang sesuatu perkara. Antaranya ialah koleksi resepi, panduan membuat duit di internet, panduan buat website. Selalunya informasi-informasi tersebut di buat dalam bentuk e-book (buku digital) ataupun dalam bentuk video. Ianya hanya perlu di download saja di internet setelah membuat pembelian.
Kelebihan:
- Tak perlu pos
- Menjimatkan kos, hanya perlu keluarkan modal sekali sahaja untuk menghasilkan produk.
- Produk fizikal ialah produk yang boleh disentuh dan ada bentuk fizikalnya tersendiri. Antaranya ialah tudung, kain batik, ubat, baju, gelang, kraftangan dan makanan.
Kelebihan:
- Mudah untuk diposkan.
- Lebih memberikan keyakinan kepada pelanggan dengan dapat melihat barang secara atas talian.
- Tidak perlu keluar untuk menjual produk.
- Selain daripada produk fizikal dan produk digital anda juga boleh iklankan perkhidmatan anda di internet. Antaranya ialah perkhidmatan buat website, Design theme, penulisan dan bengkel atau seminar.
Kelebihan:
- Hanya menjual kemahiran kita tak perlu banyak modal untuk dikeluarkan.
Apakah kelebihan yang anda akan dapat sekiranya menggunakan e-Perniagaan???
- Kos murah
Modal
permulaan boleh dikatakan rendah berbanding dengan perniagaan lain. Anda boleh
memulakan perniagaan secara online dengan modal seredah RM200 hingga RM1000.
2. Perniagaan
24 jam
Perniagaan
beroperasi tanpa henti dengan menggunakan teknologi terkini.
3. Kurang
risiko
Kurang terdedak kepada risiko kerana segala urusan dilakukan secara atas talian.
4. Kebebasan masa bekerja
Kelebihan
E-Perniagaan memboleh peniaga melakukan bisnes hanya dari laptop sahaja.
Peniaga bebas melakukan dari mana-mana tempat baik di rumah, di restoran dalam
perjalanan ke sesuatu tempat, ketika sedang melancong tetap boleh menyelia atau
monitor perniagaan asalkan mempunyai akses ke internet untuk online.
5. Kebebasan
tempat kerja
Kelebihan e-Perniagaan memboleh peniaga melakukan bisnes hanya dari laptop sahaja.
Peniaga bebas melakukan dari mana-mana tempat baik di rumah, di restoran dalam
perjalanan ke sesuatu tempat, ketika sedang melancong tetap boleh menyelia atau
monitor perniagaan asalkan mempunyai akses ke internet untuk online.
6. Tidak
perlu sewa pejabat atau kedai
Melalui perniagaan online sebenarnya peniaga sudah mempunyai pejabat
dan kedai maya. Semua tempat adalah kedai. Peniaga hanya perlukan
beberapa peralatan asas seperti laptop dan internet.
7. Peluang
Bisnes Global
E-Perniagaan memungkinkan peniaga
mengembangkan perniagaan ke seluruh dunia. Tidak timbul lagi soal kedudukan
geografi walau apa pun perniagaan yang ingin dilakukan asalkan perniagaan bersesuai,
boleh promosikannya ke seluruh dunia.
Inilah kelebihan, ianya tiada batasan dan sempadan dan boleh berhubung dengan
pelanggan dari Singapore, Brunei, Indonesia, Thailand, US, Canada, Asia dan
Eropah.
8. Pelanggan
tanpa terhad
Sepertimana yang sedia maklum, peniaga
boleh jalankan bisnes online ke mana saja seluruh ceruk dunia, maka secara
tidak langsung anda mempunyai pelanggan yang tiada had. Bayangkanlah berapa
jumlah pengguna internet seluruh dunia atau jika dilihat pengguna internet di
Malaysia pun sudah cukup.
9. Peluang
pedapatan pasif
Peniaga berpeluang menjana pendapatan
pasif atau pasive income. Dengan erti
kata lain, peniaga boleh mendapat wang ketika sedang nyenyak tidur. Berdasarkan
pengalaman saya, ianya bukan satu perkara yang terlalu mudah tetapi bukan juga
sesuatu yang mustahil, cuma perlukan sedikit kesabaran untuk mencapainya.
Sekali anda sudah mula menjana income
pasif anda akan terus menjananya tanpa henti walaupun anda cuba hentikannya.
10. Isu lesen perniagaan
Peniaga tidak perlu bersusah payah untuk
memohon lesen, banyak perniagaan di internet yang sudah tersedia mempunyai
lesen perniagaan yang sah, anda cuma perlu jalankannya sahaja.
Walaubagaimanapun terdapat juga perniagaan internet yang memerlukan kebenaran
dan lesen yang sah untuk menjalankannya, anda perlu mohon untuk dapatkannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)