Tuesday, 19 November 2013

Apakah kelebihan yang anda akan dapat sekiranya menggunakan e-Perniagaan???


  1. Kos murah

Modal permulaan boleh dikatakan rendah berbanding dengan perniagaan lain. Anda boleh memulakan perniagaan secara online dengan modal seredah RM200 hingga RM1000.


        2.    Perniagaan 24 jam
       Perniagaan beroperasi tanpa henti dengan menggunakan teknologi terkini.


         3.    Kurang risiko
         Kurang terdedak kepada risiko kerana segala urusan dilakukan secara atas talian.
       



          4.  Kebebasan masa bekerja
Kelebihan E-Perniagaan memboleh peniaga melakukan bisnes hanya dari laptop    sahaja. Peniaga bebas melakukan dari mana-mana tempat baik di rumah, di restoran dalam perjalanan ke sesuatu tempat, ketika sedang melancong tetap boleh menyelia atau monitor perniagaan asalkan mempunyai akses ke internet untuk online.





5.   Kebebasan tempat kerja
Kelebihan e-Perniagaan memboleh peniaga melakukan bisnes hanya dari laptop sahaja. Peniaga bebas melakukan dari mana-mana tempat baik di rumah, di restoran dalam perjalanan ke sesuatu tempat, ketika sedang melancong tetap boleh menyelia atau monitor perniagaan asalkan mempunyai akses ke internet untuk online.


        6.            Tidak perlu sewa pejabat atau kedai
        Melalui perniagaan online sebenarnya peniaga sudah mempunyai pejabat 
        dan kedai maya. Semua tempat adalah kedai. Peniaga hanya perlukan 
        beberapa peralatan asas seperti laptop dan internet. 




       7.    Peluang Bisnes Global
E-Perniagaan memungkinkan peniaga mengembangkan perniagaan ke seluruh dunia. Tidak timbul lagi soal kedudukan geografi walau apa pun perniagaan yang ingin dilakukan asalkan perniagaan bersesuai,  boleh promosikannya ke seluruh dunia. Inilah kelebihan, ianya tiada batasan dan sempadan dan boleh berhubung dengan pelanggan dari Singapore, Brunei, Indonesia, Thailand, US, Canada, Asia dan Eropah.

  

   8.  Pelanggan tanpa terhad
Sepertimana yang sedia maklum, peniaga boleh jalankan bisnes online ke mana saja seluruh ceruk dunia, maka secara tidak langsung anda mempunyai pelanggan yang tiada had. Bayangkanlah berapa jumlah pengguna internet seluruh dunia atau jika dilihat pengguna internet di Malaysia pun sudah cukup.


      9.  Peluang pedapatan pasif
Peniaga berpeluang menjana pendapatan pasif atau pasive income. Dengan erti kata lain, peniaga boleh mendapat wang ketika sedang nyenyak tidur. Berdasarkan pengalaman saya, ianya bukan satu perkara yang terlalu mudah tetapi bukan juga sesuatu yang mustahil, cuma perlukan sedikit kesabaran untuk mencapainya. Sekali anda sudah mula menjana income pasif anda akan terus menjananya tanpa henti walaupun anda cuba hentikannya.





10.      Isu lesen perniagaan
Peniaga tidak perlu bersusah payah untuk memohon lesen, banyak perniagaan di internet yang sudah tersedia mempunyai lesen perniagaan yang sah, anda cuma perlu jalankannya sahaja. Walaubagaimanapun terdapat juga perniagaan internet yang memerlukan kebenaran dan lesen yang sah untuk menjalankannya, anda perlu mohon untuk dapatkannya.






No comments:

Post a Comment