Tuesday, 19 November 2013

Pengenalan kepada e-perniagaan

Sejarah e-perniagaan

Adakah Anda Tahu?


Pada tahun 1990 Tim Berners-Lee mewujudkan Jaringan Sejagat pertama pelayan dan pelayar (www). Pada tahun 1992 Charles Stack adalah orang yang pertama mewujudkan  kedai buku dalam talian, Book Stacks Unlimited (aka Books.com), iaitu dua tahun sebelum Jeff Bezos merekacipta  Amazon.



Jeff Bezos
Pengasas Amazon.com

Definisi e-Perniagaan



 



Definisi e-Perniagaan

Perniagaan internet merupakan perniagaan yang dilakukan secara online yang mana ia menggunakan internet sebagai medium perantaraan antara penjual dan juga pembeli. Konsep perniagaan Internet tidak jauh berbezanya dengan perniagaan konvensional. Peniaga masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli. Perbezaannya hanyalah proses transaksi urusniaga tersebut di mana urus niaga tersebut dijalankan secara dalam talian. 


     

Model e-perniagaan

Model e-perniagaan
Apabila organisasi berada  di dalam talian, mereka perlu membuat keputusan bagi memilih model e-niaga yang terbaik. Model perniagaan ditakrifkan sebagai organisasi produk, perkhidmatan, aliran maklumat dan sumber hasil dan faedah untuk pembekal dan pelanggan. Konsep e-niaga adalah sama namun ianya digunakan didalam talian.
1. E-shops
2. E-perolehan
3. E-malls
4. E-lelong
5. Komuniti maya
6. Platform kerjasama
7. Pasaran pihak ketiga
8. Rantaian nilai intergrasi
9. Rantaian nilai perkhidmatan pembekal
10. Maklumat broker
                                                                  11. Telekomunikas


e-lelong di www.ebay.com.my


e-perolehan di   www.eperolehan.gov.my







Ciri-ciri e-perniagaan

Ciri-ciri e-perniagaan


Secara amnya, e-perniagaan adalah lebih kompleks daripada e-dagang. E-perniagaan melibatkan proses-proses perniagaan yang  merentangi keseluruhan rangkaian nilai, pembelian elektronik dan pengurusan rangkaian bekalan, pesanan pemprosesan elektronik, perkhidmatan kawalan pelanggan, dan kerjasama dengan rakan perniagaan. Piawaian teknikal khas untuk e-perniagaan pula memudahkan pertukaran data antara syarikat. Penyelesaian perisian e-perniagaan membenarkan integrasi intra. E-perniagaan boleh dikawal dengan menggunakan web, internet, intranet, extranet, dan kombinasi antara mereka.

Produk – Produk Yang Sesuai



  1. Produk Digital



  • Produk digital Iini lebih menjurus kepada produk-produk informasi tentang sesuatu perkara. Antaranya ialah koleksi resepi, panduan membuat duit di internet, panduan buat website. Selalunya informasi-informasi tersebut di buat dalam bentuk e-book (buku digital) ataupun dalam bentuk video. Ianya hanya perlu di download saja di internet setelah membuat pembelian.

       Kelebihan:
  • Tak perlu pos
  • Menjimatkan kos, hanya perlu keluarkan modal sekali sahaja untuk menghasilkan produk.

      2. Produk fizikal





  • Produk fizikal ialah produk yang boleh disentuh dan ada bentuk fizikalnya tersendiri. Antaranya ialah tudung, kain batik, ubat, baju, gelang, kraftangan dan makanan. 
        Kelebihan:
  • Mudah untuk diposkan.
  • Lebih memberikan keyakinan kepada pelanggan dengan dapat melihat barang secara atas talian.
  • Tidak perlu keluar untuk menjual produk.       

     3. Produk Perkhidmatan





  • Selain daripada produk fizikal dan produk digital anda juga boleh iklankan perkhidmatan anda di internet. Antaranya ialah perkhidmatan buat website, Design theme, penulisan dan bengkel atau seminar.
          Kelebihan:
  •  Hanya menjual kemahiran kita tak perlu banyak modal untuk dikeluarkan.






Apakah kelebihan yang anda akan dapat sekiranya menggunakan e-Perniagaan???


  1. Kos murah

Modal permulaan boleh dikatakan rendah berbanding dengan perniagaan lain. Anda boleh memulakan perniagaan secara online dengan modal seredah RM200 hingga RM1000.


        2.    Perniagaan 24 jam
       Perniagaan beroperasi tanpa henti dengan menggunakan teknologi terkini.


         3.    Kurang risiko
         Kurang terdedak kepada risiko kerana segala urusan dilakukan secara atas talian.
       



          4.  Kebebasan masa bekerja
Kelebihan E-Perniagaan memboleh peniaga melakukan bisnes hanya dari laptop    sahaja. Peniaga bebas melakukan dari mana-mana tempat baik di rumah, di restoran dalam perjalanan ke sesuatu tempat, ketika sedang melancong tetap boleh menyelia atau monitor perniagaan asalkan mempunyai akses ke internet untuk online.





5.   Kebebasan tempat kerja
Kelebihan e-Perniagaan memboleh peniaga melakukan bisnes hanya dari laptop sahaja. Peniaga bebas melakukan dari mana-mana tempat baik di rumah, di restoran dalam perjalanan ke sesuatu tempat, ketika sedang melancong tetap boleh menyelia atau monitor perniagaan asalkan mempunyai akses ke internet untuk online.


        6.            Tidak perlu sewa pejabat atau kedai
        Melalui perniagaan online sebenarnya peniaga sudah mempunyai pejabat 
        dan kedai maya. Semua tempat adalah kedai. Peniaga hanya perlukan 
        beberapa peralatan asas seperti laptop dan internet. 




       7.    Peluang Bisnes Global
E-Perniagaan memungkinkan peniaga mengembangkan perniagaan ke seluruh dunia. Tidak timbul lagi soal kedudukan geografi walau apa pun perniagaan yang ingin dilakukan asalkan perniagaan bersesuai,  boleh promosikannya ke seluruh dunia. Inilah kelebihan, ianya tiada batasan dan sempadan dan boleh berhubung dengan pelanggan dari Singapore, Brunei, Indonesia, Thailand, US, Canada, Asia dan Eropah.

  

   8.  Pelanggan tanpa terhad
Sepertimana yang sedia maklum, peniaga boleh jalankan bisnes online ke mana saja seluruh ceruk dunia, maka secara tidak langsung anda mempunyai pelanggan yang tiada had. Bayangkanlah berapa jumlah pengguna internet seluruh dunia atau jika dilihat pengguna internet di Malaysia pun sudah cukup.


      9.  Peluang pedapatan pasif
Peniaga berpeluang menjana pendapatan pasif atau pasive income. Dengan erti kata lain, peniaga boleh mendapat wang ketika sedang nyenyak tidur. Berdasarkan pengalaman saya, ianya bukan satu perkara yang terlalu mudah tetapi bukan juga sesuatu yang mustahil, cuma perlukan sedikit kesabaran untuk mencapainya. Sekali anda sudah mula menjana income pasif anda akan terus menjananya tanpa henti walaupun anda cuba hentikannya.





10.      Isu lesen perniagaan
Peniaga tidak perlu bersusah payah untuk memohon lesen, banyak perniagaan di internet yang sudah tersedia mempunyai lesen perniagaan yang sah, anda cuma perlu jalankannya sahaja. Walaubagaimanapun terdapat juga perniagaan internet yang memerlukan kebenaran dan lesen yang sah untuk menjalankannya, anda perlu mohon untuk dapatkannya.






Monday, 18 November 2013

Kelemahan e-Perniagaan

Sesetengah orang mungkin menggunakan ini e-Perniagaan ini dengan cara yang salah. Terdapat kemungkinan menyalahgunakan maklumat bank pembeli.

E-Perniagaan adalah sedikit mahal kerana menggunakan perkakasan bertaraf tinggi dan memerlukan latihan kepada kakitangan.

Terdapat banyak peluang yang mana pelanggan berkemungkinan tertipu dengan tidak menyediakan produk seperti yang ditunjukkan dalam laman web ini.

Para pengguna laman web yang mungkin mendapat virus jika laman web mempunyai beberapa malware.

Pemilik perlu berurusan dengan apa-apa masalah yang timbul, dan bila-bila masa sahaja kerana laman web pemilik yang dilayari oleh pengguna berkemungkinan boleh meningkat atau menurun. Kemungkinan juga untuk pemilik kehilangan wang dan tidak mempunyai gaji yang terjamin untuk meneruskan perniagaan kembali.


E-Perniagaan mengambil masa untuk terus beroperasi dan  kadang-kadang banyak masa yang diperlukan untuk kekal beroperasi.